18th
November
2008

Jumaat - Ahad lepas abah ada Bengkel di Hotel Avillion Legacy Melaka.. Sepanjang abah berbengkel tu Naqib, Naqia dan ibu berkampung je la ka bilik hotel.

Ahad lepas check-out +- pukul 12.30 terus pergi ke Bandar Hilir. Lepas shoping belacan & cencaluk di Heritage gallery Dataran Pahlawan Melaka Megamall, kami semua berjalan² sekitar bandar.

Tengok orang main gasing, pergi A Farmosa, Pergi Istana Kesultanan Melaka, tengok Kereta Tunku Abd Rahman dan lain-lain tempat sekitar sampai pukul 4.00 petang.

posted in Jalan² |
25th
September
2008

Naqib sekeluarga mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua pengunjung www.naqib.net. Semoga lebaran disambut dengan penuh ceria..

posted in Ucapan |
22nd
September
2008

Tepat 8.39 pagi tadi Naqib telah mencecah usia 4 tahun.
Moga Naqib bertambah matang, sihat, dan menjadi anak yang Soleh.


posted in Birthday |
12th
September
2008

Hari ini Naqib buat pemeriksaan lagi di IJN selepas operation TGA 17 Dis 2004.
Selepas abah & ibu sahur, hantar adik Naqia pergi taska & ibu ke Sekolah, Naqib dgn Abah terus ke IJN. Sampai +- 8:15 a.m. Naqib breakfast roti canai di cafe IJN.
Pukul 9 buat ECG. 11 pagi baru jumpa doktor buat Echo & timbang berat. Berat 14.2 Kg.
Hasil echo didapati kebocoran diinjap yg dikesan selepas operation semakin membesar. So Naqib kena makan ubat Enalapril 2.5 mg sehari sekali untuk kurangkan sikit jantung bekerja.
Appointment akan datang perlu lebih kerap. 3 bulan. Tarikh dah ditetapkan 9 Januari 2009.
Pukul 12 ambil ubat di farmasi IJN untuk stok untuk 3 bulan. Lepas tu balik ambik Ibu di sekolah.
posted in Followup, Pembedahan |
5th
September
2008

Malam tadi first time Naqib join abah solat trawikh. Dekat Masjid Hishamuddin Bandar Baru Salak Tinggi.
Naqib join abah solat Isyak 4 rakaat & Trawikh 8 rakaat. Walaupun dalam solat masih tak baca apa-apa & diselingi dengan main², tapi Naqib masih ikut Takbiratulikhram, rukuk, sujud, tahyat, salam & doa.
Doakan Naqib supaya terus istiqamah dalam menunaikan solat apabila dah mumayiz sehingga akhir hayat.
posted in Masjid, solat |
5th
September
2008
Dah hampir 2 minggu Naqib tak duduk taska. Lepas cuti sekolah hari tu, Naqib terus duduk dengan pengasuh baru (Makcik Ida) bila Ibu & Abah kerja. Rumah Makcik Ida satu lorong dengan rumah Naqib. Sepatutnya adik Naqia yang duduk dengan Makcik ni.
Sebelum cuti sekolah hari tu, adik duduk sehari dengan Makcik Ida. Tapi lepas tu tak mau pulak. Sekarang adik duduk Taska Naqib duduk dengan Makcik Ida.
posted in Pengasuh, Taska |
8th
August
2008
Hari ni 08.08.08 naqib dapat sepupu baru. Adik Umar dapat adik lelaki hari ni. Sekarang Naqib dah ada 35 sepupu belah abah dan 2 sepupu belah ibu.
Tahniah Pak Dik & Cik Ikim.

Update:telah diberi nama Muhammad Muadz As Sabiq Bin Sidik Al Amini
posted in Famili |
14th
June
2008
Ini kali ke-3 Naqib ditinggalkan ibu. Kalau ditinggalkan abah dah banyak kali…
Kali pertama masa umur setahun. Ibu kursus di Kelang selama dua minggu.
Kali kedua masa ibu nak bersalinkan adik Naqia tahun lepas. Masa tu abah pun tak ada. Naqib bermalam di Taska.
Kali ini ibu kursus BTN 5 hari dari kelmarin sampai Isnin ni. Tempat kursus tak lah jauh mana. Hanya 5 minit saja dari rumah di Kem KIWA Sepang. Tapi tak boleh balik…
posted in Famili |
14th
April
2008
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan pisahkan dari tempat tidur.”
Ahmad Naqib Naqiuddin Berdoa selepas solat.

“Apabila mati seseorang anak adam, terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat dan Anak Yang Soleh Yang Mendoakannya” Maksud Hadis
Selepas solat, jangan lupa kemas dan lipat sejadah

posted in solat |
2nd
April
2008
Bermula hari ini segala catatan mengenai Ahmad Naqib Naqiuddin dari Kamilz.com dan seterusnya akan ditulis di blog ini…
Terima kasih

posted in Ucapan |